
Sulit
4 tahun
Batuk Tanpa Kahak 3 Hari
saya berusia 32 tahun dan sedang mengandung 7 bulan, saya mengalami masalah batuk hampir 3 hari. Saya sangat risau memandangkan sekarang musim covid-19 . Saya tidak terlibat dgn mana-mana perhimpunan atau keluar negara. Begitu jugak kenalan atau saudara mara. Apa yang perlu saya lakukan? perlu kah saya membuat saringan?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penjelasan anda, cuma ayahnya yang positif untuk COVID-19. Simptom batuk tidak spesifik untuk COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.