
Sulit
4 tahun
Batuk Tanpa Kahak dan Selesema
Saya wanita berumur 20an, berkahwin dan mempunyai 2 org anak. Saya mengalami batuk ketika malam sejak 2 bulan yg lalu. Kerap mendapat selesema, dan gatal dibahagian muka, mata dan hidung. Apa kah masalah saya serius dan perlu mendapatkan rawatan pakar ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami terutamanya batuk malam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit atopik seperti asma dan ekzema
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkangejala penyakit telah terjadi secara berulang, maka digalakkan untuk anda segera berubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.