
chachozzy
5 tahun
Batuk & Tekak kering On Off
Saya baru pulang dari Vietnam pada 1 Mac yang lalu. Sejak minggu lepas saya mengalami gejala batuk & sakit tekak on off. Namun saya tidak demam dan juga tidak sakit badan. Saya juga telah mendapat keputusan “potential high risk” semasa membuat ujian online bagi Covid-19. Adakah saya perlu menjalani ujian saringan Covid-19? Terima kasih, doktor.

5 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja balik dari Vietnam pada 1 Mac yang lepas, kini anda mengalami sakit tekak dan batuk serta dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Langkah seterusnya adalah untuk mengikuti arahan daripada keputusan tersebut.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini