
Sulit
4 tahun
Batuk Tempoh Lama dan sudah banyak ubat vatuk diminum dan sudah banyak gula-gula untuk sakit tekak dicuba, tetapi tidak pulih
Saya sudah lama mengalami batuk, dan pernak menjalani ujian untuk TB, tetapi keputusan negatif. Dan bila saya batuk, rasa seperti paru-paru mempunyai air dan kadang-kadang berasa berangin, kenapa?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk dengan tempoh yang lama boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit Tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah batuk yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya aktiviti harian tidak terganggu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.