Sulit
4 tahun
Batuk terasa macam nak pitam Dan badan terasa sakit2 sampai ke sendi
Bila saya batuk kuat terasa macam nak pitam Dan badan terasa sakit2 sampai ke sendi
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- batuk kronik boleh menyebabkan tekanan pada sendi, abdomen. Maka, batuk anda harus dirawat
- situational syncope. Batuk yang menyebabkan pengsan
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Justeru, sukar untuk dinyatakan apakah masalah yang dialami ini adalah kesan langsung ataupun tidak langsung daripada diet anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.