
Sulit
4 tahun
Batuk tidak kerap dalam sehari tapi rasa nak batuk itu adalah dan badan panas rasa nak demam
Untuk makluman doktor 3 hari lepas saya ada order food delivery. mereka yang masuk ke kediaman akan di check suhu terlebih dahulu. Jadi saya pakai mask dan hand sanitizer… dan saya juga terus mandi Doktor. Saya perasan 5 hari lepas itu saya mcm batuk dan rasa nk demam…badan panas…Batuk takda laa kerap dalam sehari.rasa badan panas macam demam … adakah sebab cuaca panas dan saya kurang minum air .saya mohon pencerahan… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Masalah demam dan batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- radang tonsil
- radang pharynx
- common cold
- influenza
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.