khadijah000422
4 tahun
Batuk tidak sembuh dan selsema
saya umur 19 tahun. batuk start mula 20 Oct 2019 . sekrg masih tak hilang2, and selsema start 3 nov. kenape ye? ape rawatan yg efektif? sbb saye dh dh ubat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas. Sebaiknya dijelaskan riwayat penyakit sedia ada dan gejala tambahan seperti kahak atau berdarah serta gaya hidup seperti merokok dan sebagainya. Untuk makluman anda, batuk yang lama disertai serta selesema boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rokok
- Jangkitan paru tuberkulosis
- Bronchiectasis
- Akibat acid reflux
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.