
Sulit
5 tahun
Bayi 6 bulan demam 3 hari
Anak saya berusia 6 bulan dan masuk hari ke 3 demam masih x kebah.Dah ke klinik pada haripertama demam. muntah bila diberi ubat. Suhu anak sekitar 37.8-39. Mohon nasihat doktor untuk tindakan selanjutnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Acute gastroenteritis
- Demam denggi
- Jangkitan otak
- Scarlet fever
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana bayi anda masih 6 bulan dan menurut catatan suhu yang anda berikan, #9 darjah celsius adalah tinggi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.