
tshabarna
5 tahun
Bayi dua bulan kencing berdarah
Bayi saya berumur dua bulan kencing berdarah. Di pampersnya seperti mempunyai blood stain sedikit. Sudah 4 kali dalam masa dua hari. Adakah ia normal atau saya perlu bawa bayi saya untuk berjumpa pakar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, blood stain pada pampers boleh jadi daripada air kencing ataupun daripada najis bayi. Sebaiknya anda kenalpasti sumber sebenar darah tersebut. Secara umum, keduanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan ataupun kerosakan buah pinggang seperti adanya tumor ataupun masalah saluran darah
- Jangkitan saluran kencing
- Kecederaan kepada bahagian saluran kencing
- Volvulus
- Intususepsi
- Gangguan sistem pencernaan
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.