
Sulit
4 tahun
Bell’s palsy, keletihan dan sering kesejukan serta demam. sakit sendi dan saraf pada badan
selamat sejahtera, saya mempunyai ibu yang dalam usia 50an saya inginkan pencerahan kerana ibu saya sering keletihan, kebas pada sebahagian badan tertentu, kesejukan dan kadang kadang demam kebelakangan ini. untuk pengetahuan doktor ibu saya sedang mengalami sakit bell’s palsy dan sedang dalam rawatan fisio terapi lebih kurang satu bulan sudah. ibu saya juga sering kelaparan tetapi dan sering mengidam makan sesuatu tetapi apabila makan, ibu saya tiada selera. ibu saya juga kekurangan tidur dan susah untuk tidur. saya sebagai anak sangat risau akan keadaan ibu saya dan apakah perkara yang saya perlu lakukan? saya tak sampai hati melihat ibu saya yang tidak bermaya dan sering keletihan, seperti tiada semangat. mohon penjelasan adakah ini penyakit kencing manis atau jika bukan apakah ia? dan apakah perkara yang saya perlu lakukan. mohon pencerahan doktor mengenai masalah ini.terima kasih banyak banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami kebimbangan yang anda hadapi. Dari penerangan anda, saya dapati ibu anda mengalami masalah keletihan, kebas, kesejukan dan kadang-kadang demam, keurangan tidur dan tiada selera makan. Selain itu dia juga mengalami masalah Bell’s palsy dan sedang dalam rawatan.
Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk pengetahuan anda, kecing manis boleh menyebabkan kebas. Sekiranya dia mengambil suntikan insulin tetapi tidak mengambil makanan selepas itu, ini boleh menyebabkan dia letih dan lemah. Tambahan pula kekurangan tidur memang akan menyebabkan keletihan keesokan harinya. Selain itu penyakit kencing manis juga menyebabkan imuniti seseorang berkurangan dan mudah terdedah dengan jangkitan virus dan bakteria lain. Simptom yang sering demanifestasi adalah seperti demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sakit badan.
Namun begitu banyak lagi sebab lain yang harus diterokai sebelum kesimpulan dapat dibuat. Oleh itu, berikut hanyalah jawapan am yang dapat saye berikan.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.