
Sulit
4 tahun
Bengkak dekat lubang faraj
Saya umur 18 dan saya rasa sakit kat bawah, tiba ii bengkak and bila saya picit keluar nanah wrna kuning…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kanser faraj boleh menyebabkan bengkak dan nanah pada faraj seperti yang anda katakan. Ketulan-ketulan ini boleh tumbuh disebabkan oleh perkembangan sel-sel kanser yang berlebihan dalam lapisan sel-sel kulit faraj atau sel glandular yang terletak di dalam faraj.
Simptom lain kanser faraj termasuk pendarahan atau “discharge” faraj yang luar biasa. Jika kanser menjadi lebih maju, simtom mungkin termasuk sembelit, sakit pelvis, sakit belakang, atau bengkak kaki. Walau bagaimanapun, simtom ini tidak semestinya bermaksud seseorang mempunyai kanser; mereka lebih cenderung disebabkan oleh keadaan lain, seperti jangkitan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.