
Sulit
3 tahun
Bengkak di ketiak sebelah payudara
Hi doctor. Saya berumur 24 tahun, sudah berkahwin. Selepas cucuk 2nd dose vaksin covid19, saya mengalami bengkak di tempat injection dan sudah beransur pulih, tapi mengalami bengkak yang teramat sakit di bawah ketiak bersebelahan dengan payudara. Apakah kesakitan yang saya alami doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Fibroadenoma
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
- Lipoma
- Jangkitan kulat
- Penyakit lupus
- Kanser payudara
- Limfoma
- Leukemia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan