
Sulit
5 tahun
Bengkak diantara testis dan lubang dubur
Baru baru ini saya mengalami gatal di bahagian antra t3stis dan lubang dubur. Sy telah menggaru dibahagian tersebut. 2 hari lepas saya sedari seperti ada benjolan kcil mncul. Esokknha kawasan tersebut mula bengkak dan pedih. Apa penyebab dan cara mengatasinya. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema
- Kurap
- Dermatitis
- Alahan
- Jangkitan seksual
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.