Sulit

3 tahun

Bengkak kalenjar hiv

Hi doktor… Sy pernah melakukan aktiviti hiv… Dalam 7 bulan lebih sy sudah melakukan semua jenis test di hospital… Rapid test,elisa dan rna pcr yg terakhir pada 7 bulan selepas aktiviti berisiko…doktor kata sy anxiety sbb dah buat test rna pcr pda bulan ke 7 tapi kesemua ketiga tiga test negatif…skrg ni genap 1 tahun leher saya sakit dan ada bengkak kalenjar di belakang telinga kiri… Kaki dan tangan peluh dan sejuk… Adakah disebabkan sakit yg lain doc???..

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda yang diperihalkan di atas, masalah simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, pada biasanya masalah kelenjar yang bengkak pada bahagian belakang telinga adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau kuman pada darah atau dalam badan, terutamanya jika kelenjar tersebut terasa sakit apabila dipegang dan boleh digerakkan. Ia juga boleh menjadi salah satu petanda kanser, terutamanya jika kelenjar itu tidak rasa sakit apabila dipegang ataupun jika ia tidak boleh digerakkan.

Bagi masalah kesejukan tangan dan kaki pula, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

  • Penyakit sel darah merah seperti Anemia
  • Masalah kekurangan vitamin B12 yang boleh menyebabkan penyakit sel darah merah.
  • Masalah tiroid seperti hypotiroid
  • Penyakit kencing manis.
  • Masalah aliran darah ke tangan dan kaki anda seperti masalah jantung dan diabetes.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Terdapat kemungkinan juga bahawa anda mempunyai masalah pada tulang sum-sum anda yang melibatkan penghasilan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi untuk melawan jangkitan kuman. Ini juga termasuk penyakit Leukemia, iaitu sejenis penyakit kanser pada tulang sum-sum anda. Namun, perkara ini perlu dikenalpasti lebih lanjut sebelum apa-apa konklusi boleh dicapai.

Selain itu, kemungkinan masalah anda ini adalah berkaitan dengan HIV kerana ia boleh menyebabkan tubuh anda mudah dijangkiti kuman dan virus, seperti Tuberkulosis, Candidiasis, dan juga jangkitan kuman pada paru-paru anda. Namun, ia tidak akan berkait dengan masalah kaki dan tangan sejuk anda.

Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan siasatan lanjut yang lebih mendalam mengenai kesihatan umum anda, bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

878b90b0fcbcb7ce7ee5aed3174e741c

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)