
Sulit
4 tahun
Bengkak perut dan pernah ada benjol di kemaluan
Saya seorang wanita berumur 24 tahun. Dua bulan lepas saya mendapati ada benjol di bawah kemaluan saya. Sementara itu perut saya juga membengkak. Tetap baru baru ini, benjol di kemaluan sudah tiada. Namun, perut saya masih membengkak. Saya sudah ke klinik dan dr kata tiada cyst semasa scanning di ovari. Tetapi ada jangkitan ketika melakukn ujian air kencing. Saya keliru apa yang menyebankan perut saya masih begini. Apa perlu saya buat?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, bengkak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Hernia
- Radang folikel/ bisul (folliculitis)
- Lipoma
- Radang kelenjar limfa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk kesimpulan yang sempurna. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.