
Sulit
2 tahun
Bengkak telur ( air pasang )
Saya lelaki berumur 59 tahun pencen JPA. Saya mempunyai sejarah kencing manis, darah tinggi dan implikasi buah pinggang. Saya mengalami bengkak-bengkak di badan dan rujuk ke klinik kerajaan tempat saya membuat rawatan mereka hanya bagi saya makan ubat antibiotik. Selang beberapa hari saya mengalami pula bengkak di kemaluan saya tenggelam dengan batang-batangnya sekali. Kes ini saya rujuk ke klinik swasta doktor maklum yg saya kena air pasang. Dia telah bagi saya makan ubat utk buang air dlm badan. Saya pohon pandangan dari Doktor bagaimana mengatasinya dan cara rawatan. Ada tak selain ubat moden bagi mengatasi masalah ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami nampaknya berkaitan antara satu sama lain. Bagi membuat diagnosis, konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk terus ke jabatan kecemasan di hospital. Masalah anda boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti:
- Masalah salur darah pada kantung zakar dan buah zakar
- Komplikasi penyakit jantung
- Komplikasi penyakit buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah zakar
- Angin pasang(inguinal hernia) dan sebgainya
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.