
Sulit
3 tahun
Benjolan di bahagian bawah perut sebelah kanan dan menyebabkan sakit setiap kali hendak membuang air kecil, saat bangun dan waktu mula berjalan
Hi Doktor.
Saya wanita, 36 tahun, bujang. Saya perasan dalam dua minggu lepas, saya mendapati benjolan di bawah perut sebelah kanan berdekatan dengan selangkangan yang agak mengganggu saya sedikit sebanyak. Saya akan mengalami sedikit kesakitan seperti ‘ditarik’ dan ‘tajam’ secara tiba2 terutama saat bangun dari baring, saat sebelum membuang air kecil, kadang waktu duduk sahaja atau berjalan, tiba2 saya merasa sakit dan membuat saya terpaksa berhenti bergerak untuk seketika dan waktu sakit benjolan dapat dirasai. Boleh saya tahu kenapa dan adakah ia perkara biasa?
Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah sakit perut yang dialami oleh anda dan ia amat mengganggu. Berdasarkan kenyataan anda, sakit perut yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mempunyai benjolan tersebut, seperti:
- Angin pasang (hernia)
- Lipoma
- Kanser
Sakit itu juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti:
- Radang organ pelvis (pelvic inflmmatory disease)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.