
Sulit
4 tahun
Benjolan di ketiak seperti lemak
Hi Saya syamira, saya ingin bertanya mengenai benjolan seperti lemak di bahagian kanan ketiak saya. Beberapa hari ini saya rasakan bahagian tersebut berdenyut dan sakit. Adakah saya perlu lakukan pemeriksaan??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan dan membuat pemeriksaan. Untuk pengetahuan anda, benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan:
Fibroadenoma
Sista
Jangkitan virus atau bakteria
Lipoma
Jangkitan kulat
Penyakit lupus
Kanser payudara
Limfoma
Leukemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.