
Sulit
4 tahun
Benjolan di luka dalaman selepas bersalin ceaser
Sy pertama kali bersalin secara ceaser utk anak kedua ni… Sy x ada Apa2 pengalaman berkaitan dgn bersalin ceaser… Hari ni hari yg ke 10 sy berpantang. So far jahitan luka luaran nampak baik shj tetapi luka dalaman sy x pasti sama ada baik atau tidak… Sy rasa macam ade sesuatu di bahagian jahitan, dimana seperti ada sesuatu benjolan di sebelah dalam kiri dan kanan luka jahitan. Sy x pasti apa. Apa bila bertanya kepada nurse yg dtg melawat di rumah. X ada Apa2… OK shj… Tp sy btol2 rasa x selesa dgn benjolan tersebut. Mohon penjelasan dari doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kerisauan yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, benjolan tersebut berkemungkinan disebabkan oleh proses pemulihan luka dan ianya akan surut setelah beberapa hari atau minggu.
Ingin kami sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit perut
- Jahitan luka terbuka semula
- Terdapat bau busuk dan nanah di kawasan jahitan
- Kawasan jahitan dan sekitar menjadi merah
Jika anda masih mempunyai kemusykilan, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.