
fara
6 tahun
Benjolan kecil sebelah perut kiri
Saya berumur 20an dan saya dapati disebelah perut kiri dekat dengan pinggang saya ada ketulan kecil menyerong keatas sedikit itu kenapa yaa. apabila ditekan tidak terasa sakit. Saya juga mengalami kurang berat badan sebanyak 6kg dlm masa dua bulan ini

6 tahun
Hai, selamat sejahtera.
Ketulan kecil yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Ketumbuhan tidak berbahaya seperti ketumbuhan lemak atau fibrous tissue di bawah kulit
- Ketumbuhan berbahaya seperti kanser kulit
- Benjolan organ di kawasan tersebut
- Benjolan tidak normal dari organ di kawasan tersebut seperti kanser
Masalah kurang berat badan boleh berlaku sekiranya anda mengamalkan sebarang diet, kurang makan atau banyak melakukan aktiviti seperti bersukan. Sekiranya anda tidak melakukan sebarang perkara di atas, pemeriksaan lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui puncanya. Bagi mengetahui punca kurang berat badan dan benjolan tersebut, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.