Sulit
2 tahun
Benjolan keluar pada vagina
Saya wanita 26 tahun, saya mengalami kentut vagina semasa bersama dan saya juga mendapati terdapat ketulan keluar dari bahagian bawah kawasan vagina. Ketulan ini tidak sakit apabila ditarik atau dipicit. Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah benjolan ataupun ketulan yang keluar pada vagina disertai dengan masalah kentut vagina. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Secara umum, masalah yang dialami oleh anda ini berpunca daripada :
- Terlalu aktif
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun, ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Bartholin’s cyst
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan kulat
- Cyst atau Abses
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Ketuat kelamin
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih