
Sulit
3 tahun
Benjolan merah pada faraj
Saya remaja berumur 17 tahun. Sudah 2-3 hari saya menderita sakit di bahagian faraj saya. Ada benjolan berwarna merah di bahagian kiri faraj saya yg berdekatan dgn pinggang kiri saya. Benjolan merah itu rasa nyeri dan sakit dan Ada kalanya rasa gatal muncul. Saya sudah cuba mandi dengan air panas dan menggunakan sabun antibacteria tetapi tiada sebarang perubahan. Bagaimana Cara untuk menghilangkan rasa sakit ini doktor ?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.