
Sulit
4 tahun
Benjolan pada vagina dan darah atau cairan tidak keluar dengan sempurna
saya wanita dalam umur 20-an. Saya terasa ada benjolan dalam saluran vagina dan itu menyukarkan darah haid saya keluar dengan lancar. Tapi saya tidak merasa sakit. Ketulan itu dari bulan lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, benjolan dalam kemaluan anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Selaput dara (hymen)
- Ketumbuhan polip
- Sista (cyst) seperti “Bartholian cyst”
- Ketuat akibat jangkitan virus HPV
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!