
Sulit
3 tahun
Berada seperti Ada sesuatu Di tekak…adakah is tonsil?
Saya berumur 44 thn,mulanya Kaki sy seperti Ada air spt Kaki orang nak bersalin, kemudian susah NK bernafas,lps Tu sy minum air lemon,sunquick plus garam,skrg dekat tekak spt Ada Benda mybabkn sy xselesa NK bernafas

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Mengikut keterangan anda, gejala terasa mempunyai sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh berbagai jenis keadaan tubuh, lazimnya termasuk:
- tonsil yang membesar
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
boleh juga disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- benda asing di tekak
- mahupun perasaan cemas atau stres semata-mata
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus dari dokor pakar yang sesuai, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit dan gejala lain yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- memastikan makanan dikunyah sepenuhnya sebelum menelan
- kurangkan makan makanan yang terlalu kering
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor sekiranya gejala berlarutan atau menggangu rutin harian anda
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.