
Sulit
4 tahun
Berak berdarah. Dubur rasa pedih selepas membuang air besar
2 hari lepas saya BAB berdarah hanya sekali sehari Dan ianya pedih selepas Dan saya berasa tdk selesa ketika ingin ddk. Skrng masuk hari keempat sudah tdk berdarah cuma pedih ketika ingin membuang air besar Dan agak tidak selesa selepas BAB

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, amat sukar untuk saya mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi melalui gejala sahaja tanpa persoalan dan pertanyaan lanjut. Untuk makluman pihak anda, sakit dubur dan berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Bagi masalah sakit dan pedih ini, anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan yang anda hadapi. Makan makanan yang tinggi serat. Kebersihan pada bahagian dubur juga perlu dijaga. Anda juga tidak digalakkan untuk menggunakan seluar dalam yang ketat.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah diatas adalah bersifat sementara dan tidak menyelesaikan masalah yang anda hadapi secara kekal.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Anda disarankan agar segara ke doktor seandainya berlaku:
*pendarahan lagi,
*terdapat sakit yang melampau,
*letih atau lesu yang berlarutan,
*pening atau pucat,
Selain itu, ntuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).