izzatulfarhanah6
4 tahun
Berak berdarah, gatal gatal, pedih di dubur
Saya wanita berumur 22 tahun. Dan saya mengalami berak berdarah. Ketika membuang air besar, pendarahan berlaku, gatal gatal dan rasa pedih.
2 bulan lalu saya pergi ke klinik yang berbayar, dan doktor disitu mengesyaki saya buasir tanpa membuat apa apa pemeriksaan kerana tiada alat yang boleh check masalah saya. Doktor ada bagi ubat lawaskan najis dan pil buasir. Dah setelah saya makan ubat diberi saya sudah pulih.
Isnin minggu lepas, berak berdarah saya datang kembali kerana saya mengalami sembelit. Doktor menyuruh saya untuk mengambil serat yang tinggi seperti makan buah buahan, sayuran dan minum air yang banyak untuk mengatasi masalah sembelit saya. Doktor juga ada bagi ubat seperti peluru untuk mengurangkan keradangan di dubur, ubat lawas najis dan ubat gatal di dubur. Untuk beberapa hari makan ubat itu tiada pendarahan berlaku ketika membuang air besar, tetapi sudah 2 hari berturut turut berak berdarah itu datang kembali. tetapi rasa pedih dan gatal gatal selepas membuang sudah berkurangan. Apakah perlu saya berjumpa dengan doktor lagi?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala anda boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya buasir, polip, kanser usus dan sebagainya. Buasir(Hemorrhoids) , yang biasanya dikenali sebagai “piles”, adalah saluran darah yang bengkak di dalam atau di sekitar dubur dan rektum. Punca-punca buasir adalah:
- Pemakanan serat rendah
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
Terdapat beberapa petua untuk merawat buasir.
- Mandi sitz (tetapi tidak panas) adalah terapi tradisional untuk buasir: duduk di dalam air suam selama 15 minit , beberapa kali sehari, terutamanya selepas membuang najis.
- Ubat tahan sakit seperti paracetamol, boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh buasir. Produk dengan anestetik tempatan boleh dipakai untuk merawat buasir yang menyakitkan.
- Jika anda sembelit, penggunaan julap dinasihatkan.
- Jika anda wanita yang hamil, bincangkan apa-apa rawatan dengan doktor anda termasuk perubahan diet.
Untuk rawatan lanjut, pemeriksaan dan maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan. Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.