
Sulit
5 tahun
Berak berdarah selama 1 minggu
Saya ingin bertanya untuk pencerahan dari persoalan saya ini, Saya Wan berumur 30 tahun, saya sudah hampir 1 minggu berak berdarah, berat badan saya lebih kurang 110 kg. Tetapi saya macam rasa berat badan saya semakin turun, selera makan tiada. Apakah simptom yang saya alami sekarang ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan. Memandangkan masalah ini tergolong dalam penyakit sistem pencernaan, justeru anda boleh merujuk pakar gastrointestinal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.