
Anonymous
5 tahun
Berak Berdarah selama seminggu
Saya lelaki berumur 25 tahun, saya risau dengan keadaan saya sebab saya sudah berak berdarah selama seminggu lebih tetapi saya langsung tak merasa sakit. Saya harap dapat keterangan dari doctor tentang keadaan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala anda boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya buasir, polip, dan sebagainya. Buasir (Hemorrhoids) , yang biasanya dikenali sebagai “piles”, adalah saluran darah yang bengkak di dalam atau di sekitar dubur dan rektum. Punca-punca buasir adalah:
- Pemakanan serat rendah
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
Terdapat beberapa petua untuk merawat buasir.
- Mandi sitz (tetapi tidak panas) adalah terapi tradisional untuk buasir: duduk di dalam air suam selama 15 minit , beberapa kali sehari, terutamanya selepas membuang najis.
- Ubat tahan sakit seperti paracetamol, boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh buasir. Produk dengan anestetik tempatan boleh dipakai untuk merawat buasir yang menyakitkan.
- Jika anda sembelit, penggunaan julap dinasihatkan.
- Jika anda wanita yang hamil, bincangkan apa-apa rawatan dengan doktor anda termasuk perubahan diet.
Untuk rawatan lanjut, pemeriksaan dan maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan. Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.