
Sulit
5 tahun
Berak berdarah semasa membuang air besar
Saya wanita berumur 34 tahun,3 buln lepas pd buln oktober sy telah melahirkn anak secara normal. Masalah nya skrg , dua tiga hari kebelakangan ini apabila saya membuang air besar terdapat darah. Darah tersebut keluar selepas saya membuang air besar dan darah yg keluar adalah cair tidak pekat sekitar 4 hingga 5 titik mcm tu. Soalan saya macamana sy nk tahu punca darah tersebut dari mana? Ujian apa yg patut sy lakukan? Dan dengan pakar mana patut saya rujuk masalah saya ini?
Ok terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan. Memandangkan masalah ini tergolong dalam penyakit sistem pencernaan, justeru anda boleh merujuk pakar gastrointestinal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.