
Sulit
4 tahun
Berapa lama darah implantasi terjadi
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya berapa lama darah implantasi terjadi dan darah ini mula keluar selepas ovulasi atau selepas bersama? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kemusykilan anda.
Darah implantasi kebiasaanya terjadi pada hari ke 10-14 selepas pensenyawaan berlaku dan ianya berlaku antara 1-2 hari sahaja. Antara tanda lain darah implantasi adalah:
- Darah yang keluar dalam bentuk tompokkan
- Kuantiti darah hanya sedikit berbanding darah haid
- Warna darah lebih gelap ke arah warna merah jambu dan keperangan
- Ujian air kencing untuk hamil (UPT) positif
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.