blueblack_balloon
6 tahun
Berapa lama kesan suntikan depo hilang jika merancang untuk hamil
Kali terakhir sy ambil suntikan depo pd Disember 2018. sy merancang untuk hamil pada tahun ini dan telah mula dtg haid pada bulan Mei dan Jun. Pada bulan ini saya dapati haid sy tidak teratur kerana masih belum datang haid dan keputusan ujian kehamilan saya negatif.Minta saranan doktor mengenai mslh saya ini.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk pengetahuan anda, rata-rata wanita yang mendapat suntikan depo mula subur 10 bulan setelah suntikan terakhir. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengeluar ubat, terdapat wanita yang mula subur seawal 4 bulan setelah suntikan terakhir, malah ada yang sehingga 31 bulan setelah suntikan terakhir.
Andaikata puan masih ragu, sebaiknya melakukan pemeriksaan ulang. Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



































