Sulit
4 tahun
Berasa loya atau ingin muntah
Saya lelaki berusia 22 tahun. Saya seirng mengalami rasa loya atau nak muntah selepas makan, kadangkala juga membuang air besar sekitar 10 minit selesai makan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Terlalu kenyang
- Masalah penghadaman
- Refluks asid atau GERD
- Masalah struktur anatomi perut atau esofagus
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah loya anda hari ini.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.































