
Sulit
5 tahun
Berasa sakit di dada
saya lelaki berumur 27 tahun…sejak tiga atau empat hari ni saya berasa sakit didada…di tengah2 dada…kadang kala kalau saya baring secara meniarap atau mengiring dada saya terasa ditekan seperti tertucuk sesuatu didada menyebabkan dada sy berasa amat sakit…adakan disebabkan masalah jantung atau ada sebab lain…boleh minta pencerahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan
oleh gangguan asid dari perutSakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.