
Anonymous
2 tahun
Berat badan menurun walaupun makan dengan banyak
Saya wanita dalam 20’an dan saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 2 kg dalam masa 2 hari walaupun saya tidak mengamalkan diet yang sihat. Saya makan dengan kuantiti yang banyak malah makan lewat malam juga. Adakah ini perkara yang normal? Untuk pengetahuan Dr, saya tidak mengalami simptom-simptom yang tidak sihat bermaksud saya tidak merasai sebarang perubahan pada tubuh badan saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penurunan berat badan yang drastik didefinisikan sebagai kehilangan 5% berat badan dalam masa 6 hingga 12 bulan. Keadaan cik mungkin disebabkan kehilangan air dalam badan atau dehidrasi mahupun berhenti mengambil kuantiti makanan yang banyak sekali gus.
Namun begitu untuk kumpulan umur cik antara punca masalah berat badan susut dengan mendadak ialah:
1.Penghasilan tiroid berlebihan
2. Masalah penyerapan khasiat dari sistem gastrousus seperti keradangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.