
Sulit
5 tahun
Berat badan sukar naik
Hello doktor berat badan saya sukar utk naik kerana kadang² berat Naik tunggu 3 yoga Hari Turun pulak apa yg sedang berlaku?? Malay saya makan ubat caving setahun sekali kalah nie menjadikan saya kurang yakin pass diri kerana terlalu kurus rmai org Kaya saya sakit la apa la jdi boleh doktor bgi Saran ubat utk naik berat badan agar saya tak kena bualan org lagi sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca kepada kekurangan berat badan seperti:
- Faktor genetik - keluarga yang mempunyai genetik untuk kurus
- Penyakit kronik seperti tiroid, kencing manis
- Masalah penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Masalah diet tidak seimbang - seperti kurang karbohidrat seperti nasi
Bagi mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil puan seperti pemakanan seimbang dan elakkan makanan segera, mengenalpasti jika terdapat penyakit-penyakit seperti diatas dan merawatnya dan suplemen. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.