
Sulit
4 tahun
Berat turun dari 50kg ke 35 dalam masa 2 tahun
saya berumur 58tahun… 2thn kebelakangan ini berat badan saya turun dgn mendadak… selera makan juga tiada… mgu lepas sy warded di hosp kerajaan. tp tiada pakar yg dapat mengetahui penyakit sy… ct scan sudah dibuat xray juga… tidak menjumpai apa2… cuma mereka ckp usus sy bengkak… dan mereka juga masukkan tiub di dalam hidung sy… dan keluar air berwarna hijau… shri 2/3tabung air hijau yg keluar tu…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah hilang berat badan mendadak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan virus (CMV atau HIV)
- Gastroenteritis
- Jangkitan parasit / cacing
- Masalah usus
- Hypertiroid
- Penyakit TB
- Kanser
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.