azmell5959
6 tahun
Berdarah selepas melakukan hubungan seks
Saya seorang suami yg berumur 26 tahun . Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya untuk pertama kali selepas dia berpantang selama dua bulan setelah melahirkan anak pertama kami . Setelah selesai melakukan hubungan seks, saya dapati kemaluan saya dan isteri berdarah . Apakah ini normal doktor dan dari manakah datangnya darah itu? Harap doktor dapat memberikan pencerahan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah pendarahan ketika bersama boleh disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis
Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita, dan menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks. - Fibroid
Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala.
Apabila menunjukkan gejala, fibroid boleh mengakibatkan gejala seperti pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
































