
Sulit
3 tahun
Berhenti pil perancang tetapi tidak datang bulan
Saya wanita 20an. Ada seorang anak umur 1 tahun 2 bulan. Masih directfeeding hingga sekarang. Dari lepas bersalin saya makan pil perancang noriday selama 11 bulan kemudian saya tukar pula kepada pil oralcon baru makan 2 tablet . Last saya makan pil bulan lepas. Dan sepatutnya 18hb ni saya period tapi tak period juga. Sy da check upt , upt negatif. Masih tiada simptom nak period. Sepanjang sy makan pil noriday saya langsung tak period sehingga saya bertukar pada oralcon baru period. Kemudian saya stop pil oralcon , jadi tak period semula. Kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, Noriday dan Oralcon adalah pil perancang, namun kandungan hormon dalam kedua-dua pil perancang ini adalah berbeza. Noriday mengandungi hormon progesteron sahaja, manakala Oralcon mengandungi hormon progesteron dan estrogen.
Oleh itu, sekiranya anda tukar pil perancang anda, masa awal penukaran ini, anda mengalami perubahan haid sebab perubahan hormon dalam badan anda. Badan anda akan ambil masa untuk seimbangkan hormon pil perancang tersebut dan lancarkan haid anda semula.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.