
frhizti
5 tahun
Bermasalah haid yang tidak teratur
Assalamualaikim dan selamat berpuasa kepada dokter! Saya ingin bertanyakan mengenai masalah period saya. Seawal remaja saya saya sudah mengalami masalah period yang tidak teratur,sehingga kini umur saya sudah mencecah 25 tahun saya masih tidak dapat kitaran haid yang sempurna. Saya kuatir keadaan ini akan menjadi lebih parah lagi pada masa akan datang. Bagaimanakah solusi dia agar saya kembali mendapatkan kitaran haid yang sempurna balik? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.