Sulit
5 tahun
Bermula dengan sakit tekak Dan sekarang mungkin Jantung?
Suami saya mula sakit tekak sejak 17 March Dan kemudian bila berlanjutan kami telah ke klinik Dan kemudian diberi ubat antibiotic dsb. Apa bila sakit tidak juga hilang menjadi batu Dan suami saya risau kan covid, kami ke klinik sekali lagi Dan mendapat surat utk lakukan covid test. Test telah dibuat Dan keputusan ya pada 7 April ialah negatif. Doktor di hospital memberi nya antibiotic yang terbaik untuk kurgkan sakit tekak itu. Nampaknya berkesan kerana ia sudah kurang Dan dia boleh batuk kan.
Suami saya ada juga me ngadu ke as di Bahagian bahu kiri kanan Dan dada. Pernah pengsan sekali lepas rasa hendak muntah Dan ke tandas. Pagi ini ia bangun Dan mengadu sakit ke as lagi di badan Bahagian atas. Tangan rasa macam bergegar. Kebas katanya. Sakit tekak masih ada kadang-kadang, batuk sikit2 tapi kahaknya sangat sukar hendak keluar sikit. Dadanya rasa berdebar. Adakah ini tanda sakit Jantung dan apa yang saya patut lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berikut merupakan gejala sakit jantung:
Jantung berdebar atau ritma jantung berubah
Skait pada bahagian dada yang boleh merebak ke leher, rahang, bahu
Pengsan atau terasa mahu pengsan.
Sesak nafas atau nafas menjadi pendek.
Tangan dan kaki terasa dingin.
Warna kulit membiru (sianosis)
Berpelun dingin
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera kerata takut ianya merupakan serangan jantung.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




























