Sulit
4 tahun
Bersetubuh dalam haid keluar tanpa sedar
Hi doktor saya umur 22 tahun saya nak tahu saya melakukan persetubuhan dalam gelap dan suami mengeluarkan air mani. tanpa sedar darah haid keluar adakah ada bermasalah dan akan dapat jangkitan?Adakah ubat yang boleh dirawat? Sekiranya berlakunya jangkitan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah kemungkinan risiko bahaya seks ketika haid:
- Jangkitan seksual
- Jangkitan kulat faraj
- Jangkitan pada lelaki
- Infeksi pada dinding faraj
- Pembuluh darah tersumbat
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu, pendarahan semasa bersetubuh juga boleh berlaku akibat daripada beberapa perkara lain, seperti:
- Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan
- Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
- Luka yang tidak pulih selepas bersalin
- Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
- Radang pada cerviks
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Untuk mengetahui info secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

































