
Sulit
4 tahun
Beza Darah Haid dan Implantasi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera doktor,
Saya ingin bertanya darah implantasi berbau seperti darah haid atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami faham bahawa anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang darah implantasi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, terdapat beberapa perbezaan darah implantasi dengan darah haid, lazimnya seperti:
- Warna darah- warna darah implantasi biasanya lebih cerah
- Jumlah aliran darah implantasi adalah ringan berbanding haid
- Rasa kram akibat darah implantasi lebih ringan dan bersifat sementara
- Perdarahan implantasi umumnya berlaku hanya dalam waktu 1-3 hari, dimana darah haid lebih lama.
Namun, perspektif gejala dapat berbeza setiap individu. Untuk kepastian yang lebih tepat, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.