
Sulit
4 tahun
Beza keputihan kuning waktu haid dan bukan haid
Saya wanita 20 tahun, doktor saya dah period lepastu dah keluar cecair putih (qassah al baidha)-iaitu petanda suci, kira2 dalam lingkungan 3 hari. Kemudian esoknya ada keluar cecair lendir kuning pekat yang likat dan mempunyai sedikit bau. Boleh saya tahu apakah cecair itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair kuning dan bau yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.