
Sulit
4 tahun
Bibir vagina semakin hitam dan kelihatan agak pucat
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita berusia awal 20 an. Saya nak tanya apakah penyebab bibir vagina semakin lama semakin menjadi hitam dan kelihatan agak pucat warnanya di bahagian sekitar vagina. Adakah rawatan untuk mengembalikan warna asalnya?? Adakah ia boleh kembali semula kepada warna asalnya dan bagaimanakah cara merawat vagina agar tetap sihat, bersih dan cantik??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, adalah normal untuk mempunyai kemaluan yang sedikit gelap berbanding kawasan lain di badan. Hal ini juga berkait dengan kandungan melanin yang terdapat di bahagian kulit. Berikut merupakan antara sebab mengapa kulit kemaluan menjadi gelap:
- Penyakit kulit
- Perubahan hormon
- Penggunaan pakaian dalam yang menyebabkan geseran antara kulit dan fabrik
- Acanthosis nigricans
- Obesiti
- Peningkatan umur
- Jangkitan kulit
- Merokok
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya anda bimbang dengan keadaan ini dan ia mengganggu anda.
Antara yang anda boleh lakukan adalah:
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan kemaluan
- Elakkan dari menggunakan pencuci wanita dengan terlalu kerap, basuh dengan air sahaja sudah memadai
- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.