
ashrafmohamad7727
4 tahun
Biji belakang pada bahu kanan
Sy lelaki berumur 26tahun…pada bahagian belakang kawasan bahu kanan saya ada satu biji kecil bila tekan tak rasa sakit…dan biji ni tak membesar…bahaya atau x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji merah di daerah belakang dan bahu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Foliculitis yaitu keradangan folikel rambut
Dermatitis
Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
Penyakit sopak garam iaitu urticaria
Penyakit vasculitis
Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Sebetulnya, keterangan yang anda berikan masih kurang lengkap. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.