
Anonymous
6 tahun
Biji biji di zakar ( sipilis )
Saya lelaki berumur 18 tahun, tak pernah melakukan sebarang hubungan seks tetapi sy kerap memakai terlalu lama seluar dalam yg berpeluh. Adakah itu penyebab nya? Ada cara untuk mengatasi nya doktor? Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.
Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas dari sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.
Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.
Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.
Untuk mengetahui ubat mana yang sesuai, dos dan kos sila ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Selain itu juga anda dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seksual untuk sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran sifilis.
Anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.