
Sulit
4 tahun
Biji kecil di bibir kemaluan sebelah kiri
Saya wanita berumur 20 tahun, secara tiba2 muncul satu biji kecil di bibir kemaluan sebelah kiri. Bila saya tekan terasa sedikit sakit. Adakah ia benda yang serius? Apa patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ketumbuhan biji kecil di bibir kemaluan anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kista (cyst) seperti kista Bartholin
- Jerawat
- Masalah bulu ingrown
- Abses atau nanah dari jangkitan
- Ketumbuhan vulva
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.