
Sulit
3 tahun
Biji nanah dipermukaan kemaluan dan gatal-gatal
saya seorang pelajar yang berumur 15 tahun…saya mempunyai masalah gatal dan biji bernanah di kemaluan,saya rasa gatal berlaku ketike berlakunya melecit di bahagian tersebut dan biji nanah berlaku ketika saya merasakan sakit yang teramat…doktot boleh bantu saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kegatalan dan sakit beserta nanah di kemalauan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya:
- jangkitan kelamin seperti Herpes
- radang folikel (folliculitis)
- jerawat
- gonorrhea, chlamydia
Untuk mengetahui jenis ubatan dan rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini, pemeriksaan dan penilaian oleh doktor perlu dilakukan. Oleh itu anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor