
Sulit
4 tahun
Bila akan Menopause jika ada 1 ovari
Saya berusia 44 tahun dan mempunyai 1 ovari shj.Adakah saya akan menopause lebih awal berbanding wanita yg mempunyai 2 ovari.kitaran haid saya normal setiap bulan. Adakah 1 ovari akan berfungsi sama spt 2 ovari untuk tempoh masa yg sama.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Umumnya seseorang wanita akan mengalami menopaus bermula sekitar umur 40 hingga 55 tahaunbergantung pada setiap individu. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mengalami menopaus lebih awal dari itu, lazimnya mempunyai beberapa faktor risiko seperti
- pernah melakukan operasi pada organ reproduksi
- gangguan genetik atau hormon
- merokok atau second hand smoker
- penyakit epilepsi
- penyakit autoimun
- gangguan penyakit yang lain
Selain itu, mempunyai satu ovari juga boleh mempercepatkan waktu menopaus anda kerana kondisi tersebut menyebabkan simpanan folikel ovari berkurang dengan kadar yang lebih pantas, selain itu berlakunya pengurangan kadar estrogen yang lazimnya dihasilkan oleh ovari (telur wanita).
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut mendapatkan nasihat doktor secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.