
Sulit
4 tahun
Bila bangun tidur ada keluar darah tapi sedikit
hi saya berumur 30 tahun sudah berkahwin baru2 ni bila saya bangun dari tidur sye oergi ke bilik air untuk membuang air kecil ada sedikit darah semasa hendak membuang…adakah itu normal?sebelum ni ada buat scan gynae doktor ada cakap saye tak subur size ovari saya tak normal macam orang lain…itu ke punca susah hamil? minta pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengenal pasti punca pendarahan tersebut. Pendarahan tersebut mungkin disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Fibroid atau polip rahim
- Trauma pada dinding faraj
- Penyakit kelamin (sexually transmitted infection)
- Penggunaan pil perancang kehamilan atau IUCD juga boleh menyebabkan pendarahan daripada faraj
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Terdapat juga beberapa sebab lain yang boleh menjelaskan mengapa anda mengalami pendarahan dan ia memerlukan pemeriksaan untuk mengesahkan keadaan anda. Untuk soalan kedua anda, berikut merupakan beberapa sebab mengapa seseorang itu mempunyai masalah susah hendak hamil:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui punca masalah susah untuk hamil.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sila berjumpa dengan doktor atau hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.